Jumat, 23 April 2010

CAHAYA DI WAJAH RASULULLAH SAW

CAHAYA DI WAJAH NABI SAW

Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata : “Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, “Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?” Jawab Rasulullah SAW: “Orang yang bakhil.” Aku bertanya lagi: “Siapakah orang yang bakhil itu?” Jawab baginda : “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku.”

Jabir bin Samurah ra. Meriwayatkan:

"Saya melihat Rasulullah pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan.beliau mengenakan baju berwarna merah.saya menatap beliau dan memandang bulan.sungguh,menurutku beliau lebih indah dari pada bulan."(HR Tarmidzi,Darimi,Abu syaikh,Hakim dan Thabrani)